SEO adalah singkatan dari Search Engine Optimization.
SEO bertujuan untuk memberikan enjin carian mengesan dan meletakkan blog atau website anda dalam list dan mempamerkan pada carian Google atau Yahoo. Di dunia dan di Malaysia amnya, penggunaan Google sebagai enjin carian digunakan secara meluas untuk mencari pelbagai informasi dan membeli barangan secara online.
Tanpa SEO, blog atau website anda tidak bermakna dan ianya sukar untuk dicari. Blog atau website anda akan dicari berdasarkan kepada kata carian atau keywords yang berada didalam Blog atau website anda. Selain dari perkataan, blog atau website anda boleh dicari melalui gambar yang digunakan atau video yang terdapat di dalam blog atau website anda.



